Wednesday 20 January 2021

POKOK SAMBUNG NYAWA BANYAK KHASIAT

Pokok sambung nyawa didakwa mempunyai banyak khasiat. Bahagian yang dimanfaatkan ialah bahagian daun. Sebab itu ialah dikenali daun sambung nyawa. Nama lain pokok sambung nyawa ialah akar sembiak atau nama saintifiknya Gynura Procumbens.

Pokok ini dibiak dengan keratan batang. Ia mudah tumbuh di kawasan yang redup dan mempunyai kelembapan sederhana. Jadi, elok ditanam di kawasan rumah sebagai sebahagian pokok hiasan.

Antara kebaikan daun sambung nyawa ialah:

Membantu melawan kanser. Tanaman ini sudah sejak lama digunakan dalam perubatan tradisional untuk melawan kanser darah, kanser rahim dan kanser payudara. Ekstrak dari daun sambung nyawa menunjukkan kesan yang dapat mencegah pertumbuhan dan pembiakan sel kanser, serta dapat membunuh sel tersebut. Dengan begitu, penyebaran kanser ke organ lain dapat dicegah.

Mengatasi diabetes dan kemandulan. Beberapa penelitian melaporkan bahawa ekstrak daun sambung nyawa dapat menurunkan kadar gula dalam darah.Selain itu, daun ini juga dilaporkan dapat mengatasi masalah kemandulan akibat diabetes dengan cara meningkatkan jumlah, pergerakan, dan kualiti sperma, serta mengurangi kadar sperma yang mati.

Mengatasi gangguan pencernaan. Luka pada usus yang boleh menyebabkan perdarahan pada saluran cerna juga diyakini dapat diredakan dengan ekstrak daun sambung nyawa. Selain itu, ekstrak daun ini terlihat dapat mencegah terbentuknya kerak dalam usus.

Mengatasi hipertensi dan melindungi jantung. Beberapa penelitian melaporkan bahawa daun sambung nyawa dapat mengatasi tekanan darah tinggi dengan cara mencegah penyepitan salur darah. Kurangnya kesan darah tinggi dapat mengatasi masalah serangan jantung.

Mencegah penyakit ginjal. Hasil kajian melaporkan bahawa ekstrak daun sambung nyawa dapat menghambat pembelahan sel dan sintesis DNA yang dapat menyebabkan gangguan pada ginjal.

Di samping itu, ia boleh digunakan untuk menghentikan perdarahan, mengatasi ketidakseimbangan datang haid dan gigitan binatang berbisa. Umbinya untuk menghilangkan darah beku (haematom), pembengkakkan, serta patah tulang. Ia juga mengurangkan kadar kolestrol.

Biasanya ia dimakan mentah sebagai ulam.

No comments:

Post a Comment