Rumah ini relatif kecil ketimang rumah yang
lebih besar. Sebenarnya kecil atau besar adalah relatif. Tidak ada ukuran atau
keluasan rumah untuk dikata ia besar atau kecil. Bagi seseorang mungkin melihat
rumah ini sudah dianggap terlalu besar dan mewah. Tetapi, bagi orang lain mungkin
beranggapan ia masih terlalu kecil.
Itu tidak lagi diambil soal “merendah diri”
pemiliknya. Ada pemilik rumah mengatakan rumahnya kecil aje, sebagai tanda
merendah diri.
Pada masa sama ada pula orang lain
mengatakan rumah itu besar kerana hendak memuji atau mengambil hati pemilik
rumah, walaupun hakikat di dalam hatinya mengatakan rumah itu sebenarnya kecil
dan sepatutnya dibina lebih besar lagi.
Hakikatnya, kecil atau besar, tinggi atau
rendah dan sebagainya adalah relatif.
Definisi relatif; berkenaan sesuatu yang
berdasarkan perbandingan atau saling berkait dengan sesuatu yang lain, tidak
mutlak, nisbi, bandingan: sebenarnya kesopanan itu satu konsep relatif; kini
usia kemerdekaan telah memberikan pengalaman kehidupan yang secara relatif boleh
dikatakan memadai sehingga pada satu peringkat; kerelatifan perihal (keadaan
dan sebagainya relatif. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
No comments:
Post a Comment