Semasa banjir, selain tempat selamat,
keperluan makanan amat penting. Mangsa banjir yang berpindah ke Pusat
Pemindahan Sementara (PPS) tidak membawa bekalan makanan, kecuali sedikit untuk
untuk keperluan sementara seperti biskut dan roti. Jadi, penyediaan makanan
kepada mangsa banjir diuruskan oleh pihak lain, contohnya oleh sukarelawan
Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM).
Sukarelawan BSMM terlatih dalam pengendalian dapur bergerak atau dipanggil peralatan memasak Clinton. Daparuntuk memasak nasi ini menggunakan konsep kukusan. Selain kukusan, peralatan lain yang diperlukan ialah dulang, kawah, tungku besi, penunu api dan balang gas, serta perkakasan memasak lain.
Keistimewaan dapur bergerak ialah dapat digunakan di medan terbuka mahupun tempat tertutup. Dalam satu kukusan dapat dimasukkan sebanyak lima dulang. Dalam setiap dulang dapat mengisi lima kilogram beras, Jadi, setiap kali memasak sejumlah 25 kilogram. Jumlah itu cukup untuk menampung makan kira-kira 300 orang. Dengan kata lain, jumlah yang boleh disedikan mampu menampung satu-satu PPS.
Untuk memasak lauk, sayur dan lain-lain melibatkan proses memasak biasa. Ia dapat dilakukan serentak dengan ketika menunggu nasi masa. Masa untuk nasi masak bermula dari memanas air, memasukkan beras dan masak sepenuhnya ialah satu jam. Kalau semuanya telah panas, masak yang diambil lebih singkat.
Unit atau peralatan dapur bergerak ini biasanya ditempat di pengkalan atau tempat lojistik bahagian hadapan. Apabila ada keperluan, ia dapat dioperasikan dengan mudah oleh sukarelawan BSMM dengan dibantu individu lain.
BSMM Negeri Kelantan dalam persiapan menghadapi bencana banjir setiap tahun memberi keutaman dalam penempatan dapur bergerak ini di lokasi strategik yang biasa menghadapi banjir, selain meningkatkan kemampuan dan kemahiran sukarelawan untuk mengoperasikan peralatan yang penting ini.
Selain membantu mangsa banjir, dapur bergerak ini digunakan ketika berlaku bencana lain yang memerlukan penyediaan makanan dalam kuantiti yang banyak mangsa dan petugas. Selain mudah dikendalikan, ia juga mudah untuk diatur gerak ke kawasan bencana.
No comments:
Post a Comment