Monday 30 October 2023

KUIH KARAS POPULAR DI KEDAH

 
Kuih karas diperbuat daripada tepung beras. Ia berbentuk jaringan halus seperti bihun tetapi rangup dan rasanya manis. Makanan tradisi ini dihasilkan dengan menggunakan adunan tepung beras cair yang dikirai dalam minyak panas dengan menggunakan acuan khas sehingga kuning keemasan. Ia kemudian diangkat dan dilipat. Kuih Karas sangat popular dalam kalangan masyarakat di daerah Kota Setar, Kedah.

Cara membuat buat karas
 
Bahan-bahan
- 1 bungkus tepung beras
- 2 cawan gula/ikut manis sendiri
- 3 cawan air
- Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaannya
- Ayak tepung dan gaulkan bersama gula
- Masukkan air
- Kacau hingga sebati
- Panaskan minyak di dalam kuali.
- Masukkan adunan ke dalam acuan kuih karas (seperti acu roti jala)
- Tebar atau kirai adunan di dalam kuali seperti membuat roti jala
- Apabila warnanya agak kekuningan, angkat dengan segera dan lipat
- Toskan.
- Siap untuk dimakan

Kalau hendak disimpan lama, masukkan ke dalam bekas kedap udara untuk mengelakkan kuih menjadi lemau atau masuk angin.
 
Sejenis kuih yang seakan karas ialah kuih kelambu buruk. Ia terkenal di Selatan Thai. Mungkin ada kaitan asal usul kedua-dua kuih ini kerana kedudukan Kedah yang bersempadan dengan Selatan Thai.
 
Kuih kelambu buruk
https://gwaliman.blogspot.com/2023/10/frg.html

No comments:

Post a Comment