Wednesday 11 October 2023

FELDA KEMAHANG 2, TANAH MERAH

 
Felda Kemahang 02 adalah salah satu kawasan dikendalikan Felda dalam Gugusan Kemahang. Kawasan lain dalam Gugusan Kemahang ialah Felda Kemahang 1, Felda Kemahang 3 dan Felda Kemahang 4.
 
Kawasan pembangunan tanah ini dibuka pada tahun 1973 di bawah Lembaga Kemajuan Tanah Negeri (LKTN).
 
Kemudian kawasan pembangunan itu diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 1976 di bawah rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) atau lebih dikenali Felda.
 
Sejak dari itu, Gugusan Felda Kemahang terus menikmati kemajuan dan berkembang sebagai kawasan yang memberi rahmat kepada penerokanya.
 
Nama kemahang diambil dari nama sejenis keladi yang banyak tumbuh di kawasan tersebut iaitu keladi kemahang ketika ia mula diteroka.
 
Felda Kemahang 2 terletak kira-kira 6 kilometer dari Simpang Tiga Batu 11 Jalan Tanah Merah – Jeli. Dari simpang tiga perlu memasuki Jalan Felda Kemahang. Sebelum sampai kawasan Felda Kemahang 2, terlebih dahulu sampai di Felda Kemahang 1. Selepas kawasan Felda Kemahang 2 ialah Felda Kemahang 3.
 
Kedudukan Felda Kemahang 2 adalah di sebelah kanan Jalan Felda Kemahang. Ada pintu gerbang dengan lambang wau bulan di permulaan jalan masuk kawasan Felda Kemahang 2.

Felda Kemahang 1

Felda Kemahang 2

Felda Kemahang 3

Felda Kemahang 4

 

 

No comments:

Post a Comment