Thursday, 22 June 2023

FELDA KEMAHANG 03, TANAH MERAH


FELDA Kemahang 03, Tanah Merah. Jumlah peneroka di rancangan ini adalah seramai 450 orang dengan keluasan kampung 1183.23 hektar.
 
Visi rancangan adalah ‘Menjadi Pemangkin Kesepakatan Yang Gemilang’ dan ‘Menambahkan Keharmonian Untuk Menuju Keunggulan Rancangan’ adalah misi mereka.
 
Terdapat 7 projek ekonomi dalam tanah rancangan ini yang merupakan sumber pendapatan tambahan kepada warga peneroka. 

Kategori projek ekonomi yang dimaksudkan adalah tanaman, ternakan, akuakultur, perniagaan, perusahaan, kraf dan perkhidmatan dan seramai 158 orang pengusaha yang menjalankan projek ini.
 
Bukit Impian di FELDA Kemahang 03 ini adalah satu daripada tempat tarikan di dalam rancangan kerana landskap yang berlatar belakangkan gunung menjadi tarikan utama bagi mereka yang datang ke rancangan ini. 

Kawasan ini merupakan salah satu titik tumpuan atau lokaliti di dalam skim penempatan FELDA tersebut yang telah dinobatkan sebagai johan Anugerah Kecemerlangan Rancangan FELDA Kebangsaan 2026.




No comments:

Post a Comment