Saturday 26 October 2019

MEMBELI IKAN SEGAR DI JETI LKIM BESUT

Jeti pendaratan ikan adalah tempat paling tepat untuk mendapatkan ikan segar. Salah satu jeti pendaratan ikan ialah Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Besut yang terletak betul-betul di seberang pekan Besut.

Kedudukan strategik di muka muara dan berdekatan dengan pekan Besut menjadikan jeti ini sangat meriah. Kedudukan berhampiran pekan memudahkan Jeti LKIM Besut mudah dikunjungi.

Kebanyakan yang berurusan di Jeti LKIM Besut ialah pemborong dan perucit yang datang daripada segenap tempat terutamanya dari Kelantan dan Terengganu.

Tidak kurang juga pembeli untuk kegunaan sendiri yang ingin mendapatkan hasil tangkapan laut yang segar seperti ikan, sotong, udang, ketam yang setiap satunya terdiri dari pelbagai jenis.

Selain faktor hasil yang segar, faktor harga yang relatif murah berbanding tempat lain, menjadikan jeti ini begitu sibuk dengan pengunjung sejak awal subuh lagi.

No comments:

Post a Comment