Saturday 21 May 2022

HORMON LEPTIN PENGARUHI SELERA MAKAN

 
Leptin adalah hormon yang memberi kesan kepada selera makan. Hormon leptin yang terdapat dalam tubuh manusia berfungsi menghasilkan sel lemak dan berperanan memberi amaran kepada individu sama ada tahap pengambilan makanan yang diambil sudah mencukupi atau berlebihan.

Tugas hormon leptin:
-  Leptin membantu mengawal selera makan dan metabolisme.
-  Leptin adalah sejenis hormon yang adipose-generated, yang bermaksud dihasilkan oleh lemak badan.
-  Leptin menghantar isyarat kepada otak supaya menghadkan rasa lapar.
-  Semakin rendah tahap leptin, semakin mudah seseorang itu berasa lapar.
-  Rangsangan leptin mengurangkan aktiviti neuropeptida Y, iaitu neurotransmitter yang boleh mencetuskan refleks kelaparan.
-  Neuropeptida Y pada tahap yang tinggi juga boleh mengurangkan pengeluaran tiroid, yang mana tiroid boleh memberi kesan yang negatif terhadap metabolisme.

Kesimpulannya, asid lemak Omega-3 membantu mereka yang sedang berdiet atau berhasrat untuk mengekalkan hatta menurunkan berat badan kerana kesannya dalam mengurangkan selera makan dengan meningkatkan hormon leptin yang mengawal tahap kelaparan di samping ia sendiri berupaya untuk membakar lemak.

Mengawal tahap kelaparan adalah antara perkara penting dalam kejayaan diet. Ramai yang 'tewas' dalam usaha untuk diet kerana gagal mengawal selera makan.

Rasa lapar akan mendorong kita untuk makan. Apabila rasa lapar dapat dibendung, proses diet akan menjadi lebih mudah dan tidak 'menyeksakan'.

Kebanyakan orang mengamalkan diet dengan cara kurang makan, tetapi dalam masa yang sama perasaan untuk makan membuak-buak.

Dengan kesan yang dapat Omega-3 berikan terhadap hormon leptin, cabaran untuk mengawal selera makan lebih mudah dan berlaku secara semula jadi.

Walau bagaimanapun, perlu disedari..hanya dengan pengambilan asid lemak omega-3, berat badan tidak akan turun seperti magik. Pengambilan makanan tetap perlu dikawal dan senaman tetap perlu diamalkan.

No comments:

Post a Comment