Saturday, 4 September 2021

MAKSUD PUKUL ANAK SINDIR MENANTU

 
Peribahasa memainkan peranan yang penting dalam kalangan orang Melayu. Tujuan utama penggunaannya adalah untuk menyampaikan nasihat, teguran, atau peringatan secara kiasan atau sindiran tanpa menimbulkan rasa marah atau kecil hati orang lain.

Peribahasa wujud apabila masyarakat Melayu sukar memberikan nasihat atau teguran secara berterus terang kepada orang lain tanpa menyinggung perasaan.

Lantas, mereka mengumpamakan sesuatu perkara dengan sesuatu yang lain agar maksud yang ingin disampaikan dapat ditafsirkan oleh semua orang.

Orang Melayu pernah menyatakan, “pukul anak sindir menantu”.

Peribahasa ini jarang-jarang digunakan pada hari ini. Yang lebih menyedihkan, ada segelintir anak muda yang tidak pernah mendengar langsung akan peribahasa sebegini.

Maksud peribahasa tersebut ialah memarahi seseorang tetapi kemarahan itu ditujukan kepada orang lain.

Dalam hal ini, matlamat yang sebenar memarahi menantu tetapi yang dipukul anak sendiri.

Alangkah hebatnya peribahasa kerana setiap tutur kata terkandung adab dan nilai murni.

Gambar pokok pauh atau mangga berbuah lebat. Sekadar hiasan.

No comments:

Post a Comment