Umat
Islam pernah mencapai tamadun tertinggi pada zaman pemerintahan Kerajaan
Abbasiyah (750 - 1258) yang berpusat di Baghdad.
Kecemerlangan
tradisi keilmuan Islam telah melahirkan ahli ilmuan yang menyumbangkan jasa
kepada seluruh dunia Islam dan terus dikagumi hingga sekarang.
Nama
seperti al-Kindi, al-Farabi, Ibn Sina, al-Khawarizmi, al-Razi, al-Fatah, Ibn
Rusyd dan al-Biruni terkenal dengan pertemuan dan penciptaan baharu.
Hasil
usaha ilmuan Islam menjadi asas kepada perkembangan ilmu di Barat yang terus
cemerlang sehingga sekarang.
Ketika
umat Islam telah mencapai kecemerlangan ilmu yang paling hebat, masyarakat
Barat masih diselimuti kejahilan dan jauh ketinggalan berbanding orang Islam
dalam bidang Ilmu.
Pelajar
dari kawasan Eropah banyak tertumpu di bandar-bandar ilmu seperti di Cadrova,
Baghdad dan Damsyik.
Barat
ketika itu berada dalam fasa era Zaman Pembaharuan yang begitu aktif untuk
meninggalkan sepenuhnya Zaman Kelam.
Sebab
itu, pelajarnya sanggup menggembara mencari ilmu walaupun di daerah yang cukup
asing bagi mereka dari segi agama, bahasa dan budaya.
Ilmuan
Eropah telah mengambil inisiatif besar menterjemah malah mempelajari pelbagai
jenis ilmu dari dunia Islam di Cardova, Baghdad dan Damsyik.
Ilmu-ilmu
yang diterjemah itu merangkumi pelbagai bidang seperti falsafah, perubatan,
astronomi, matematik, algebra dan sebagainya.
Berbekalkan
kepada kemahiran yang diperoleh dari dunia Islam, mereka membawa pulang ke
negara masing-masing. Hasilnya tertubuh banyak universiti di sana seperti
Universiti Paris dan Universiti Oxford yang cukup terkenal sehingga sekarang.
Ilmuan
Barat menambah baik penemuan dalam ilmu-ilmu yang mulanya diterokai oleh
sarjana Islam. Tambahan lagi, di dunia Islam sendiri ilmu itu tidak lagi dapat
dikembangkan apabila Baghdad jatuh kepada bangsa Tartar.
Banyak
sarjana Islam terbunuh dalam penaklukan ganas itu. Manakala buku dan karya
agung sarjana Islam dibakar dan dibuang ke dalam sungai.
Sarjana
Barat yang terlibat meneruskan kajian berdasarkan kepada kajian atau penemuan
awal sarjana Islam telah mengubah alam Barat kepada dunia keilmuan dan
masyarakat lebih bertamadun.
Hasilnya
sarjana Barat lebih disanjung apabila mencapai tahap dan penemuan baharu yang
dianggap hasil usaha asal mereka.
Umat
Islam dapat kembali menguasai tamadun dunia jika seluruh umat Islam kembali
kepada ajaran agama yang menekankan kepada usaha pencarian ilmu.
Ilmu
sentiasa berkembang dan ditingkatkan kepentingannya. Sesiapa dapat menceburi
bidang baharu, dia akan mendapat manfaat untuk dikongsikan dengan orang
lain.
Dengan
kata lain, dunia ilmu semakin diterokai, maka lebih banyak manfaatnya. Tidak
akan ada sempadan ilmu yang menghadkan peluang untuk orang
mengkajinya.
Sebab
itu, tidak ada istilah telah terlewat dalam pengkajian ilmu. Seseorang
pengkaji dianggap lebih berwibawa apabila dapat menemui sesuatu yang baharu.
No comments:
Post a Comment