Sekalung
tahniah diucapkan kepada empat orang Ahli Dewan Negara yang telah mengangkat
sumpah sebagai Senator di hadapan YB Senator Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais
Yatim, Yang di-Pertua Dewan Negara.
Senator
yang telah mengangkat sumpah adalah seperti berikut:
1.
YB Senator Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin, Menteri Kanan Pendidikan. -
Lantikan Penggal Kedua berkuat kuasa mulai 17 Julai 2021;
2.
YB Senator Datuk John Ambrose. - Lantikan Penggal Kedua berkuat kuasa mulai 16
Januari 2021;
3.
YB Senator Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee. - Lantikan Penggal Kedua berkuat
kuasa mulai 19 Julai 2021; dan
4.
YB Senator Datuk Bobbey Ah Fang bin Suan. - dipilih untuk Penggal Pertama oleh
Dewan Undangan Negeri Sabah berkuat kuasa mulai 5 Januari 2021.
Bahagian
Komunikasi Korporat,
Parlimen
Malaysia
19
Julai 2021
-------------
Perkara
45 Fasal (3) menyebut; Tempoh jawatan seseorang ahli Dewan Negara ialah tiga
tahun dan tempoh itu tidaklah tersentuh dengan pembubaran Parlimen.Perkara
45 Fasal (3A) pula menyebut; Seseorang ahli Dewan Negara tidak boleh memegang
jawatan selama lebih daripada dua penggal sama ada terus-menerus atau selainnya.
Ini
bermakna Mohd Radzi jika ini terus dilantik sebagai menteri selepas tamat tamat
pengggal kedua sebagai Ahli Dewan Negara, perlu memang dalam mana-mana pilihan
raya kawasan Parlimen.
Jika
beliau meletak jawatan kerana ingin menyertai pilihan raya sama ada kawasan
Perlimen mahupun Dewan Undangan Negeri atau apa-apa alasan, maka tempoh satu
penggal selama tiga tahun dianggap ‘lengkap’ biarpun belum mencapai tempoh tiga
tahun.
Catatan: Kes Mohd
Radzi hanya sebagai contoh untuk mudah difahami.
No comments:
Post a Comment