Bena putih atau dikenali
juga sebagai kutu daun, lalat putih dan kutu putih adalah musuh utama tumbuhan
berbatang lembut.
Serangga ini membiak
dengan begitu cepat sekali. Setiap bena betina boleh menghasilkan 5-100
anak bena. Anak-anak bena ini akan matang dan boleh membiak dalam masa 7-10
hari.
Pokok
yang diserang bena putih selalunya akan terbantut akibat kekurangan cecair
nutrien yang diserap oleh serangga ini. Selain itu, bena putih sering berkumpul
dan menghasilkan sejenis cecair melekit ‘honeydew’, berupaya untuk menyebarkan
virus penyakit pada pokok anda.
Cecair
ini sangat menjadi makanan kepada semut-semut yang ada di kebun atau laman
anda. Semut akan memakan cecair yang dihasilkan dan kemudian memberi
perlindungan kepada bena putih daripada serangan musuh.
Terdapat pelbagai cara untuk membunuh bena putih tetapi lebih elok jika kita
menggunakan cara organik sebelum mencuba racun serangga.
Cara
pertama yang boleh dicuba adalah menyembur campuran cecair cuci pinggan, minyak
masak dan air. Gunakan hanya setengah sudu teh cecair cuci pinggan, suku sudu
teh minyak masak dan dicampur dengan satu liter air.
Sembur
campuran ini pada pokok anda terutamanya bahagian yang dijangkiti bena putih
sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
Anda boleh gunakan kaedah menyembur larutan cecair racun perosak Malathion
untuk menghapuskan bena putih tersebut. Racun perosak ini akan menyerang system
saraf makhluk perosak daripada berfungsi dengan sempurna.
Gunakan
semburan racun perosak sekiranya cara organik tidak berhasil.
Baca
label dan bertanya kepada penjual tentang prosedur penggunaan sebelum
mengaplikasikannya pada tanaman anda. Sebagai peringatan, elakkan daripada
memetik buah/sayur yang disembur dengan Malathion sekurang-kurangnya 10 hari.
No comments:
Post a Comment