Saturday, 5 June 2021

PEMBEKAL DAGING RUSA

Masa dahulu, kalau ingin makan daging rusa kena pergi memburu atau menahan jerat di dalam hutan. Tetapi sekarang semua menjadi mudah asal ada wang.

Sekarang ini banyak rusa telah diternak macam ternakan lain. Ada yang diternak di Malaysia dan ada juga yang diimport dari luar negara.

Sesiapa hendak makan daging rusa boleh mendapat terus dari ladang atau pembekal daging. Ada daging rusa segar dan ada yang telah sejukbeku.  

Tidak tahu di mana hendak mendapatkannya? Sekarang ini semua maklumat di hujung jari. Boleh buat carian di internet. Taip sahaja ‘pembekal daging rusa’ atau perkataan lain berkaitan rusa, maka akan terpapar maklumat mengenainya.

No comments:

Post a Comment