Friday, 11 June 2021

PERANG BERMAKSUD MEMBASMI

Perkataan ‘perang’ biasanya merujuk kepada satu tindakan berkelahi, bertempur, berlawan dan sebagainya.

Perang juga bermaksud menentang sesuatu supaya hapus, hilang atau tidak berterusan. Melawan untuk membasmi sesuatu: perangi covid-19, perangi kemiskinan, perangi sikap malas.

Apabila digunakan perkataan ‘perangi’ membawa maksud sesuatu yang dilakukan bersungguh-sungguh kerana ia satu perkara tidak baik jika dibiarkan berterusan.

Ia perlu dihapuskan atau dihentikan segera. Perkara buruk tidak boleh dibiarkan berterusan.

Perangi Covid-19 agar keburukan yang disebabkan olehnya akan terhenti segera.

No comments:

Post a Comment