Wednesday 7 October 2020

BUDAYA NASI BUNGKUS DI KELANTAN

Satu kelaziman atau budaya di Kelantan ialah makan nasi bungkus atau makanan yang dibungkus. Tidak kisahlah masakan di restoren, kopitiam, kedai canggung, kedai makan. Tentu sekali kalau hendak bawa balik kena pilih yang bungkus.

Banyak kedai makan, terutama pada waktu pagi menyediakan pelbagai jenis makanan dibungkus walupun pelanggan makan di situ.

Makanan bungkus dilonggokkan di meja makan pelanggan atau di satu sudut lain. Pelanggan boleh pilih sendiri makanan yang diingini. Biasanya ada diletakkan tanda jenis makanan itu, siap dengan nama pembekal atau dari mana.

Kelebihan makan nasi atau makanan bungkus ialah ia telah tersedia. Tunggu ambil, buka dan boleh terus dimakan di situ. Tidak perlu buat pesanan dan menunggu penjual menghantar makanan itu.

Kalau yang makan di kedai, pelanggan hanya akan pesan minuman. Mudah dan cepat. 

Kalau di kedai canggung atau gerai makan yang mana kedudukan tempat makan dengan pembacuh air hanya beberapa meter jaraknya, memang air yang dipesan akan sampai dalam masa tidak sampai 5 minit. Kena gaya, ada dapat minuman dipesan dalam masa satu minit.

Makanan bungkus memang banyak pilihan. Ada datang dari pelbagai tempat dan tukang masak. Jadi, tinggal pilih sahaja.

No comments:

Post a Comment