Sunday 1 December 2019

FUNGSI EMPANGAN JAJAR GONG DUIK BESUT

Empagan Jajar atau juga dikenali Ampang Jajar terletak di Gong Duik, Besut Terengganu. Ampangan tersebut dibina merentangi Sungai Besut sebagai sebahagian usaha untuk membekalkan air kepada petani di Kawasan Pembangunan Pertanian Terengganu Utara (KETARA).

Bekalan air sungai yang memasuki Ampangan Jajar adalah aliran sungai dari Kampung Keruak, Kampung La dan Hulu Besut.

Selain membekal air untuk aktiviti pertanian, fungsi Ampangan Jajar ialah mengawal masalah banjir. Namun, dalam kes hujan lebat berterusan, pintu ampangan perlu dibuka dan kesannya akan menyebabkan banjir di kawasan berdekatan.

Kawasan Ampangan Jajar menjadi lokasi untuk melihat pemandangan yang menarik kawasan pertanian dan banjaran bukit sayup mata memandang.

No comments:

Post a Comment