Terowong Genting, sebahagian laluan
landasan kereta api Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 16.39
kilometer bakal menjadi terowong kereta api terpanjang di Asia.
.
Ia akan menyambung Bukit Tinggi, Pahang ke Gombak, Selangor, merentasi Banjaran Titiwangsa. Pembinaannya memanfaatkan Mesin Pengorek Terowong (TBM) tercanggih dan terbesar pernah digunakan di Malaysia.
Pembinaan landasan di Seksyen 7 turut
membabitkan pembinaan landasan subgrades sejauh 19.24 kilometer dan 23 jambatan
sepanjang 14.84 kilometer serta 12 terowong sepanjang 22.65 kilometer.
Terowong jenis berkembar itu mula operasi
penggerudian Jun 2022 untuk menembusi Banjaran Titiwangsa di Bukit Tinggi,
Pahang dan keluar di bahagian negeri Selangor berdekatan Universiti Islam
Antarabangsa, Gombak.
TBM ini dibawa dan direka khas dari China
dan boleh melakukan kerja penggerudian batuan keras serta dilengkapi empat
silinder tork.
.
Ia akan menyambung Bukit Tinggi, Pahang ke Gombak, Selangor, merentasi Banjaran Titiwangsa. Pembinaannya memanfaatkan Mesin Pengorek Terowong (TBM) tercanggih dan terbesar pernah digunakan di Malaysia.
No comments:
Post a Comment