Monday 27 November 2017

LESBIAN GAY BISEKSUAL TRANSGENDER


Golongan yang mempunyai keinginan seks di luar tabii sekarang bergabung untuk mendapat pengiktirafan bahawa apa yang mereka lakukan adalah tidak menyalahai tabii manusia dan juga undang-undang. 

Maksud seks di lur tabii ialah hubungan seks yang berlainan dengan apa yang umum dimaksud hubungan seks iaitu melibatkan lelaki dengan perempuan. 

Terdapat empat kelompok kumpulan yang melakukan seks di lur tabii. Pertamanya golongan lesbian ialah perempuan yang mempunyai kecederungan terhadap perempuan. Manakala gay pula lelaki yang memilih berpasangan dengan lelaki. Kedua-dua golongan ini tidak menunjukkan perubahan dari segi identiti sama ada secara penampilan berpakaian atau fizikal.

Golongan ketiga dikenali biseksual iaitu individu yang mempunyai kedua-dua naluri seks. Jika dia lelaki, dia berminat menjalin hubungan dengan  perempuan dan pada masa sama turut berlagak seperti gay. Manakala perempuan pula, dia bersedia menerima hubungan seks dengan lelaki, tetapi pada masa sama turut berminat terhadap perempuan.

Manakala kelompok keempat pula ialah dipanggil transgender iaitu individu yang mempunyai naluri berlainan dengan identiti sebenar mereka. Contohnya lelaki yang berminat membuat penampilan sebagai perempuan. Perwatakan dan penampilan diri mereka seperti perempuan dan dalam hal hubungan seks juga mereka cenderung memainkan peranan sebagai perempuan kepada pasangan lelaki.

Begitu juga dengan perempuan yang mempunyai naluri lelaki yang mana akan berlagak seperti dirinya adalah lelaki. Segala tindakan dan 'pengenalan' diri mereka adalah sebagai seorang lelaki termasuk menggunakan nama yang menunjukkan dirinya sebagai lelaki.

Mereka yang mengamalkan seks songsang ini biarpun berbeza kecederungan atau amalan, tetapi telah bersatu dalam satu 'entiti' bertujuan untuk memperjuangan agar apa yang dilakukan itu diterima sebagai satu hak kebebesan manusia menentukan apa yang ingin dilakukan. Konsep suka sama suka dan tidak menceroboh hak individu lain dijadikan asas perjuangan untuk menghalalkan tindakan mereka. 

Dalam konsep negara berteraskan undang-undang, mereka memperjuangkan agar apa yang dilakukan itu tidak dianggap menyalahi undang-undang dan apa-apa hubungan yang dilakukan dianggap sah seperti pasangan normal.  

Contohnya, golongan ini memperjuangan agar 'perkahwinan' mereka diterima sebagai satu perkahwinan mengikut undang-undang dan segala urusan yang berkaitan dengannya adalah sama keadaannya dengan perkahwinan pasangan normal. 

Perjuangan golongan ini sudah berjaya di negara-negara Barat. Amalan seks songsang itu tidak lagi dianggap satu perbuatan salah dari segi undang-undang dan paling memualkan apabila perkahwinan melibatkan jantina yang sama telah diiktiraf sebagai sama taraf dengan perkahwinan pasangan normal. 

Umat Islam yang menolak hukum agama yang melarang amalan hubungan sejenis seperti yang diperjuangkan kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dianggap melakukan jenayah akidah dan terkeluar daripada agama Islam atau murtad.

Tindakan itu jika dilakukan dengan akal yang waras sama seperti menghina dan merendahkan hukum Allah.  

Amalan sejenis LGBT ini adalah sesuatu yang keji, kotor, jijik dan dilarang serta ditegah oleh Islam. Sesiapa juga yang menghalalkan hukum ini sama ada melalui al-Quran dan hadis juga ijma’ ulama perlu bertaubat nasuha dan kembali mengucap dua kalimah syahadah.

Amat dukacita apabila ada percubaan beberapa pihak yang mahu menghalalkan hubungan sejenis di negara ini termasuk dengan menekan undang-undang negara yang meletakkan hubungan itu sebagai kesalahan jenayah.

Ia termasuk Majlis Peguam yang menolak hubungan sesama jenis yang dilakukan secara suka sama suka antara orang dewasa suatu jenayah sekali gus tidak harus dibawa ke mahkamah.

Selain Majlis Peguam, hubungan sejenis itu turut mendapat sokongan Institut Hak Asasi Manusia Persatuan Peguam Antarabangsa (IBAHRI) yang mendesak kerajaan menghalalkan aktiviti LGBT dengan meminda undang-undang sedia ada kononnya bagi memastikan perundangan negara seiring dengan undang-undang antarabangsa.

No comments:

Post a Comment