Loji solar terapung atau juga dikenali
ladang solar terapung di Danau Tok Uban telah beroperasi sepenuhnya selepas mencapai tarikh
operasi komersial pada 31 Januari 2025.
Dengan kejayaan tersebut, fasiliti solar terapung berkapasiti gabungan 60MWh telah membekalkan tenaga bersih kepada grid nasional.
Projek tersebut merupan yang terbesar di Asia Tenggara dan antara yang terbesar di dunia seumpamanya.
Danau Tok Uban yang berkeluasan kira-kira 567 hektar sebelum ini terkenal di Kelantan sebagai tarikan pelancongan. Kira-kira 40 hektar kawasan tersebut dimajukan sebagai lokasi ladang solar.
Ia dibangunkan oleh syarikat Cypark Resources Sdn Bhd dengan usahasama salah sebuah anak syarikat kerajaan negeri, Kelantan Utilities Mubaraakan Holdings Sdn Bhd.
Projek solar terapung berkenaan merupakan salah satu projek pembangunan sosio ekonomi negeri yang turut menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan membuka ruang penyelidikan baharu dalam teknologi solar.
No comments:
Post a Comment