Thursday, 9 November 2023

CARA TANAM SERAI MUDAH TUMBUH

 
Ada cara tanam serai agar mudah tumbuh. Lebih jimat dan mudah. Pokok mudah membesar dan anak banyak.
 
Caranya begini:
- Ambil batang serai yang ada bahagian bawah mengikut bilangan yang ingin ditanam.
- Potong batang serai itu dengan meninggalkan bahagian bawah kira-kira 4 centimeter
- Bahagian atas itu boleh digunakan untuk masakan. Elakkan pembeziran
- Kemudian rendam serai tu dengan air. Tidak perlu banyak air sangat
- Cukup sekadar paras untuk akar keluar.
- Pastikan keadaan serai berdir
- Biarkan di tempat redup. Di dalam rumah pun boleh
- Dalam beberapa hari akan keluar akar
- Lepas itu muncul tunas pokok-pokok baru
- Setelah tunas berukuran lebih 5 centimeter, boleh pindahkan ke atas tanah atau di dalam pasu.
- Siram air secukupnya.

No comments:

Post a Comment