Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK) terus
menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan. Apa sahaja yang mampu dilakukan
diusahakan demi untuk asnaf.
Sepanjang Ramadan tahun ini, setiap hari
PCAK yang diketuai Fazliyaton Daud bersama-sama dengan ahli yang komited
membantu, menyantuni asnaf tanpa mengira masa, lokasi dan halangan yang
terpaksa ditempuhi.
Hebat sungguh mereka melakukan apa yang
terdaya untuk asnaf. Mereka menerima apa sahaja bentuk sumbangan untuk
diagihkan kepada asnaf. Kalau ada daging disedekah penyumbang, maka daging itu
dimasak sebelum ia diagih-agihkan kepada asnaf.
Ada yang menyerahkan makanan sejuk beku,
maka digoreng agar boleh diserahkan kepada asnaf untuk berbuka dalam keadaan
sedia dimakan untuk berbuka.
Ketika kebanyak orang membuat persiapan
untuk sambutan Aidilfitri, ahli PCAK bersengkang mata membungkus hamper untuk
asnaf. Bukan sedikit tenaga yang dialirkan untuk melakukan tugasan tersebut,
namun bila difikirkan untuk asnaf, mereka gagahi juga.
Sebenarnya, tanpa ada penyumbang, PCAK sukar
untuk menyalurkan bantuan. Alhamdulillah, biarpun tidak seperti diperlukan,
sentiasa ada penyumbang yang mengirimkan pelbaga bentuk barangan keperluan dan
wang untuk diagihkan.
Gerai (booth) Bank Makanan Asnaf yang
dibuka di bangunan Kota Mutiara sering dikunjungi penyumbang yang menyerahkan
makanan dan keperluan dapur. Mereka berkongsi apa yang dibeli dengan menyerahkan
sebahagiannya kepada Bank Makanan Asnaf. Ada juga yang lebih selesa memasukkan
wang ke dalam tabung disediakan.
Sebenarnya, semua di antara kita boleh
membantu asnaf dengan menyerahkan sumbangan kepada PCAK dan Bank Makanan
Asnaf. PCAK akan uruskan kepada asnaf
mengikut keperluan. PCAK ada senarai ‘panjang’ golongan asnaf, termasuk golongan
asnaf.
PCAK merupakan NGO kebajikan yang berusaha
membantu golongan asnaf. PCAK memerlukan lebih banyak sumbangan daripada orang
ramai agar lebih banyak lagi asnaf dapat dibantu.
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi
Pengerusi Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan, Fazliyaton Daud di talian
011-1941-3639.
Pihak yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084 (MBSB).
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan: PPM-006-03-30032021
Pihak yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084 (MBSB).
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan: PPM-006-03-30032021
No comments:
Post a Comment