Keindahan Gua Chiku 2. Di
kawasan Gua Musang terdapat banyak bukit batu kapur yang berusia ribuan tahun.
Salah satu gua batu kapur di Gua Musang ialah di Chiku 2.
Keindahan
Gua Chiku 2 yang terletak di tengah-tengah kawasan perkampungan Felda Chiku 2
Gua Musang, Kelantan menjadi tarikan kepada pengunjung tempatan dan luar daerah
ini.
Terletak
kira-kira satu kilometer dari Jalan Gua Musang-Kuala Krai, pengunjung akan
mengambil masa selama satu hingga satu jam setengah untuk sampai ke puncak gua
yang berketinggian 300 kaki.
Gua yang berada di kawasan tanah berkeluasan 15 ekar itu mempunyai tiga
pintu gua dan ianya boleh didaki oleh semua lapisan peringkat umur
termasuklah golongan kanak-kanak.
Menerokai
keindahan gua yang dianggarkan berusia ribuan tahun itu terdapat tujuh tingkat
atau aras yang menyimpan pelbagai keunikan dan khazanah alam semula jadi.
Memasuki
pintu gua sahaja, pengunjung sudah terpukau dengan struktur bentuk batu yang
cantik, unik dan mempesonakan.
Di
tingkat 1 Gua Chiku 2 itu terdapat pelbagai binatang dan benda unik berbentuk
batu.
Antaranya
ialah batu yang menyerupai bentuk gajah, ikan, katak, ular, cicak, burung
helang, buaya, orang tidur, mahkota, kasut, saji dan air terjun tujuh tingkat.
Kena pergi ni
ReplyDeletememe kena gi...
ReplyDelete