Pendakwah
adalah contoh kepada orang yang ingin didakwah. Jika kita ingin mengajak dan
mengajar orang lain melakukan kebaikan, maka terlebih dahulu pendakwah
melakukan atau menunjukkan perkara itu.
Dakwah
secara amalan ini merupakan contoh terbaik bagaimana untuk menyakinkan apa yang
ingin kita harap orang lain lakukan.
Antara
kejayaan dakwah Rasulullah SAW ialah apabila baginda dilihat sebagai insan
sempurna terbaik yang perlu dijadikan contoh ikutan. Tidak ada dalam diri
Rasulullah SAW sikap buruk.
Pendakwah
mahupun guru, perlu mengamalkan perkara baik untuk dijadikan contoh. Amalan
baik bukan boleh dilakukan secara mudah. Ia perlukan amalan berturusan hingga
menjadi identiti diri. Ada orang yang hanya berlakon baik.
Cara
itu mungkin berjaya menipu orang pada masa tertentu, tetapi tidak selamanya.
Ini kerana jika ia bukan lahir dalam diri secara jujur, lambat laung perkara
yang buruk atau dirinya yang sebenar akan terdedah dengan sendiri.
Justeru,
guru perlu menyediakan diri untuk sentiasa melakukan amalan baik. Perkara teras
yang perlu dilakukan ialah kikhlasan dan kejujuran melakuknan tugas. Amalan
baik perlu sebati dalam diri sehingga kita tidak terpengaruh untuk melakukan
perkara buruk dengan sengaja.
Banyak
kegagalan dalam peranan mendidik ialah apabila guru sendiri mempunyai metaliti
dan perbuatan yang tidak baik. Bagaimana guru ingin menengur murid jangan
merokok jika guru sendiri merokok.
Jika
guru menyuruh pelajar berdisiplin, malangnya guru sendiri tidak menunjukkan
contoh yang baik. Inilah mengapa amat perlu mereka yang ingin terjun secara
langsung dalam bidang pendidikan dan dakwah menyiapkan diri atau mengamalkan
perkara yang baik sepanjang masa.
Dalam
hal apa sekalipun, soal keyakinan diri amat penting. Kita perlu yakin
mampu melakukan tugas itu dengan sebaik mungkin. Tanpa keyakinan diri, akan
wujud perasan rendah diri, hilang tumpuan, gagal melaksanakan apa yang
sepatutnya dan sebagainya.
Kita
dapati sekarang ini banyak yang menceburi bidang perguruan atau pendidikan
bukan kerana minat, sebaliknya kerana tiada peluang pekerjaan lain.
Fenomina
ini memberi kesan yang buruk kepada bidang pendidikan negara. Tanpa minat akan
menyebabkan mereka tidak begitu bersungguh-sungguh dalam menyiapkan diri untuk
melaksanakan amanah yang besar itu. Akibatnya, mereka tidak berkeyakinan diri.
Oleh
sebab itu, apapun sebab seseorang itu menceburi bidang pendidikan dan ingin
menjadi pendakwah, binalah keyakinan diri untuk melaksanakan tugas itu sebaik
mungkin. Jangan persiakan peluang dan amanah yang diberikan kepada kita.
Harapan
yang besar seluruh rakyat agar guru mampu melaksanakan tugas secara yang
terbaik. Masa depan negara banyak bergantung kepada cara mana guru mendidik
anak bangsa.
Gambar hiasan: Bunga air mata pengantin
No comments:
Post a Comment