Leptin
adalah hormon yang memberi kesan kepada selera makan. Hormon leptin yang
terdapat dalam tubuh manusia berfungsi menghasilkan sel lemak dan berperanan
memberi amaran kepada individu sama ada tahap pengambilan makanan yang diambil
sudah mencukupi atau berlebihan.
Tugas hormon leptin:
-
Leptin membantu mengawal selera makan dan metabolisme.
- Leptin adalah sejenis hormon yang adipose-generated, yang bermaksud
dihasilkan oleh lemak badan.
- Leptin menghantar isyarat kepada otak supaya menghadkan rasa lapar.
- Semakin rendah tahap leptin, semakin mudah seseorang itu berasa lapar.
- Rangsangan leptin mengurangkan aktiviti neuropeptida Y, iaitu
neurotransmitter yang boleh mencetuskan refleks kelaparan.
- Neuropeptida Y pada tahap yang tinggi juga boleh mengurangkan
pengeluaran tiroid, yang mana tiroid boleh memberi kesan yang negatif terhadap
metabolisme.
Kesimpulannya, asid lemak Omega-3 membantu mereka yang sedang berdiet atau
berhasrat untuk mengekalkan hatta menurunkan berat badan kerana kesannya dalam mengurangkan selera makan dengan meningkatkan hormon leptin
yang mengawal tahap kelaparan di samping ia sendiri berupaya untuk
membakar lemak.
Mengawal tahap kelaparan adalah antara perkara penting dalam kejayaan diet. Ramai
yang 'tewas' dalam usaha untuk diet kerana gagal mengawal selera makan.
Rasa lapar akan mendorong kita untuk makan. Apabila rasa lapar dapat dibendung,
proses diet akan menjadi lebih mudah dan tidak 'menyeksakan'.
Kebanyakan orang mengamalkan diet dengan cara kurang makan, tetapi dalam masa
yang sama perasaan untuk makan membuak-buak.
Dengan kesan yang dapat Omega-3 berikan terhadap hormon leptin, cabaran untuk
mengawal selera makan lebih mudah dan berlaku secara semula jadi.
Walau bagaimanapun, perlu disedari..hanya dengan pengambilan asid lemak
omega-3, berat badan tidak akan turun seperti magik. Pengambilan makanan tetap
perlu dikawal dan senaman tetap perlu diamalkan.
No comments:
Post a Comment