Monday, 26 October 2020

RAKYAT DINASIHAT SEMAK SETIAP MAKLUMAT – ISMAIL SABRI

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan dakwaan yang tular di media sosial mengenai perbualan beliau dan rakan politik lain yang mencadangkan pembubaran Parlimen.

Tangkap layar yang kononnya kumpulan WahatsApp “KETUA2 BHG UMNO MALAYSIA” memaparkan Ismail Sabri telah membuat kiriman yang antara lain menjelaskan bahawa beliau akan mencadangkan dalam mesyuarat kabinet supaya Perdana Menteri mengadap Yang Dipertuan Agong untuk menasihatkan baginda agar membubarkan parlimen untuk mengembalikan kuasa kepada rakyat (mengadakan PRU).

Ismail Sabri seperti dilaporkan Harian Metro menafikan membuat kiriman tersebut. Beliau juga menjelaskan bahawa Mesyuarat Khas Kabinet hari ini tidak membincangkan mengenai pembubaran Parlimen.

Katanya, perkara itu tidak disentuh sepanjang mesyuarat berkenaan berlangsung.

"Tadi memang ada Mesyuarat Khas Kabinet tapi perkara mengenai pembubaran Parlimen tidak dibincangkan pun dalam Kabinet hari ini.

"Walaupun saya tidak boleh sebut (isi perbincangan mesyuarat), tapi ia bagi menjawab perkara itu (dakwaan)," katanya dalam sidang media, hari ini.

Menurutnya, pelbagai berita palsu disebarkan ketika ini bertujuan mengelirukan orang ramai.

Justeru, beliau berharap masyarakat menyemak kesahihan setiap maklumat dan membuat penilaian dengan bijak sebelum disebarkan.

 

No comments:

Post a Comment