Rata-rata
kiriman di media sosial mengulas mengenai perkembangan semasa politik negara, mengenai
khabar angin kononnya ada cadangan UMNO perlu memberi sokongan kepada Datuk
Seri Anwar Ibrahim untuk menggantikan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri,
ditolak akar umbi.
Secara
prinsipnya akar umbi menetapkan tidak ada kerjasama atau menyokong Anwar
Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri. Satu lagi ketetapan akar umbi ialah
menolak untuk bersama dengan DAP.
Sekiranya ada pemimpin, khususnya di kalangan ahli parlimen UMNO, cenderung kepada menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, mereka telah mengguris hati dan persasaan ahli akar umbi yang setia menyokong mereka selama ini.
Ahli akar umbi terus setia dengan UMNO biarpun ketika parti keramat orang Melayu itu dihumbang dari tahta kerajaan yang dikuasai sejak negara mencapi kemerdekaan.
Secara prinsipnya, ahli akar umbi menolak Anwar Ibrahim bukan semata-mata disebabkan isu peribadi yang membelengu pemimpin yang pernah menjadi orang nombor dua dalam UMNO itu, tetapi menyokong Anwar Ibrahim bermakna memberi DAP berkuasa kembali.
Memberi DAP bersama-sama mentadbir negara bermakna memberi kuasa kepada musuh untuk memusnahkan Islam dan Melayu yang menjadi tonggok perjuangan UMNO selama ini.
Tanpa perjuangan tersebut, UMNO tidak akan mendapat sokongan ahli akar umbi. Jika keadaan ini berlaku, tiada pemimpin UMNO boleh mengaku yang dia masih mendapat sokongan ahli akar umbi.
Kesetiaan ahli kepada UMNO adalah kerana percaya parti tersebut adalah pejuang kepada Islam dan Melayu. Jika tanpa prinsip perjuangan tersebut ahli akan meninggalkan parti dan sekaligus pemimpin akan kehilangan sokongan ahli yang selama ini bersama mereka.
No comments:
Post a Comment