
Bekas geraja dijadikan masjid. Sebuah gereja lama Ortodok yang kemudiannya menjadi muzium popular di Istanbul, diarahkan oleh kerajaan Turkiye diubah menjadi masjid bagi kegunaan umat Islam beribadat di negara itu.
Keputusan
mengubah Muzium Kariye kepada masjid dibuat hanya sebulan selepas kontroversi
sama membabitkan transformasi Hagia Sophia, juga sebuah bekas gereja, menjadi
masjid.
Pertukaran
status muzium yang diiktiraf oleh Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan
dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) itu mengundang kecaman
Barat, terutama Greece.
Sejarah
bangunan berusia 1,000 tahun itu hampir sama dengan Hagia Sophia yang terletak
di tebing barat bersejarah muara Golden Horn di wilayah Istanbul yang
bersebelahan dengan Eropah.
Gereja
The Holy Saviour di itu adalah sebuah gereja zaman Byzantine abad pertengahan
yang dihiasi dengan lukisan dinding abad ke-14 berunsur sejarah Kristian yang
amat dihargai di serata dunia.
Ia
kemudian ditukar menjadi Masjid Kariye setengah abad selepas penaklukan
Constantinople oleh Empayar Uthmaniyyah Turkiye pada 1453.
Ia
kemudian bertukar menjadi Muzium Kariye selepas Perang Dunia II, selaras dengan
usaha Turkiye menjadi lebih sekular dengan menyisihkan saki baki pengaruh Empayar
Uthmaniyyah.
No comments:
Post a Comment