
Allah meletakkan dosa membuat fitnah lebih buruk kesannya daripada membunuh. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 217 bermaksud: “Fitnah itu besar (dahsyat) dari melakukan pembunuhan.”
Maka
sebab itu ada pepatah menyebut lidah itu lebih tajam daripada pedang. Pedang
yang disalahgunakan atau tidak dijaga dengan baik pasti mendatangkan bahaya
kepada diri orang lain dan mungkin juga kepada pemiliknya.
Sesiapa
yang menjaga mulutnya, maka dia diberi balasan syurga. Perkara ini dinyatakan
oleh Rasulullah dalam sabdanya diriwayatkan oleh Bukhari bermaksud: “Sesiapa
memberi jaminan kepadaku apabila yang di antara dua tulang rahangnya (lidah)
dan yang di antara dua kakinya (kemaluan), nescaya aku akan menjamin baginya
syurga.”.
Jika
seseorang berjaya mengawal mulutnya dijamin ke syurga, maka sebaliknya jika
gagal mengawalnya. Seorang sahabat pernah menanyakan kepada Rasulullah apakah
sebab terbesar seseorang masuk neraka, maka baginda menjawab dengan sabdanya
bermaksud: “Dua rongga badan iaiatu mulut dan kemaluan.” (Hadis riwayat
at-Tarmizi dan Ibnu Majah).
Jelaslah
menjaga lidah itu amat penting dalam menjamin kejayaan hidup di dunia dan
akhirat. Mereka yang hidup dalam keadaan lidahnya hanya menyebut perkataan
baik, dialah seorang yang bijak dan darjatnya tinggi di sisi Allah.
Nabi
Muhammad memberi peringatan agar kita bercakap kena pada tempat dan betul pada
masanya. Adakalanya kita bercakap mengenai sesuatu yang betul tetapi tidak kena
pada tempat atau masanya.
Sabda
Rasulullah bermaksud: “Jangan kamu berbicara dengan sesuatu perkara yang tidak
terjangkau oleh pemikiran sesuatu kaum kerana nescaya ia akan menimbulkan
fitnah semata-mata.” (Hadis riwayat Muslim).
Oleh
itu amat penting ketika bercakap mestilah timbul dari hati yang ikhlas dan rasa
ketakwaan. Setiap patah perkataan yang diucapkan adalah tanggungjawab yang akan
disol pada akhirat kelak. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata
badan binasa.
Dalam
hadis lain pula dikatakan tidak lurus (sempurna) iman seseorang yang tidak
lurus pada lidahnya.
Hadis
diriwayatkan oleh Ibnu Abid-Dunya bermaksud: “Tidak akan lurus iman seseorang
hamba, sehingga lurus pula hatinya, dan tidak akan lurus hatinya sehinggalah
lurus pula lidahnya. Dan seorang hamba tidak akan masuk syurga selagi
tetangganya belum aman daripada kejahatannya.”
Gambar sekadar hiasan
No comments:
Post a Comment