Sunday, 3 November 2019

LADANG TEH RANAU SABAH


Melihat gambar latar belakang ladang teh, tentu ramai yang menyangka gambar tersebut dirakam di Cameron Highlands. Sebenarnya, gambar ini dirakamkan di Sabah atau lebih tepat lagi di Ranau, Sabah.

Teh Sabah ialah satu-satunya ladang teh organik di Borneo dan salah satu daripada beberapa ladang seumpamanya di dunia.

Dengan ladang yang terbentang luas serta dikelilingi oleh hutan hujan semula jadi dan udara dingin pergunungan, Ladang Teh Sabah menyambut anda dengan keindahan persekitarannya yang jauh daripada kesibukan kota.

Pemanduan selama 2 jam dari Bandar raya Kota Kinabalu dan 30 minit dari kawasan Pekan Ranau Ladang Teh Sabah megah dengan keindahan latar belakangnya iaitu Gunung Kinabalu.

Anda boleh melihat bagaimana teh dipetik dan juga cara daun teh diproses. Anda akan melawat sekitar ladang teh dan juga kilang pemprosesan daun teh.

Sudah pasti ini merupakan satu pengalaman yang sangat menarik. Jangan lepaskan peluang juga untuk merasai kesegaran teh Sabah di

Jangan lepaskan peluang untuk melawat ladang Teh Sabah. Pengalaman seperti ini sangat berharga. Percutian anda tidak lengkap sekiranya tidak melawat ladang teh sekiranya tiba di Ranau, Sabah.

No comments:

Post a Comment