Muszleem
Malaysia bermula apabila beberapa orang rakan menerima jemputan untuk
melaksanakan ibadah korban di Kemboja.
Sekembalinya
dari Kemboja, NGO ini ditubuhkan secara rasmi untuk menyelaraskan aktiviti
kebajikan, dakwah dan kemanusian di sana.
Setakat
ini pihak Muszleem Malaysia telah melaksanakan projek perigi wakaf untuk
fakir-miskin, pembinaan Madrasah Darul Quran dan juga korban.
Antara
aktiviti yang giat diadakan sekarang ialah wakaf perigi. Perkara ini dianggap satu
perkara yang penting kerana banyak penduduk di sana menjadikan air hujan dan air
sungai sebagai sumber air untuk mereka menjalani kehidupan seharian.
Mereka
juga seperti kita memerlukan bekalan air yang bersih meneruskan hidup. Selama
ini, saudara Islam kita di sana susah untuk beribadat kerana mereka kekurangan
bekalan air yang bersih untuk berwudhuk.
Oleh itu, pihak Muzleem mengajak kita semua untuk bersama-sama dalam program wakaf perigi bagi membantu masyarakat Kemboja untuk mendapatkan sumber bekalan air bersih.
Untuk mengetahui lanjut, sila hubungi Muszleem
Malaysia melalui page FB. Atau hubungi http://bit.ly/perigiwakaf Oleh itu, pihak Muzleem mengajak kita semua untuk bersama-sama dalam program wakaf perigi bagi membantu masyarakat Kemboja untuk mendapatkan sumber bekalan air bersih.
No comments:
Post a Comment