Tepung bungkus Thailand. Sejenis kuih yang popular di
Thailand, khususnya di bahagian selatan. Nama tepung bungkus mengikut bahasa
Thailand ialah "khanom sot sai".
Tepung bungkus terkenal di kalangan orang Melayu di
Thailand, sepertimana ia terkenal di kalangan orang Melayu di Malaysia,
khususnya di Kelantan.
Dalam bahasa baku Melayu, perkataan "tepung"
adalah merujuk kepada benda yang ditumbuk, digiling hingga hancur dan lumat.
dalam dialek Kelantan, "tepung" adalah merujuk
kepada kuih. Namun tidak semua jenis kuih dipanggil tepung. Kebanyakan kuih
yang dimulai dengan perkataan tepung adalah bahan untuk membuatnya adalah
tepung dalam bahasa baku Melayu.
Tepung bungkus ialah kuih tradisional yang mempunyai inti
yang manis. Inti itu dibuat menggunakan kelapa dan gula melaka. Kuih ini dibungkus
secara tradisional menggunakan daun pisang.
Intinya ditutup dengan tepung beras kukus yang dicampur dengan
santan. Pada masa dahulu ia menjadi hidangan istimewa pada majlis perkahwinan
dan hari kebesaran.
Tetapi, sekarang ini tepung bungkus mudah dibeli di
pasar-pasar sepanjang tahun.
Tepung bungkus di selatan Thailand mempunyai keunikan yang
mengekalkan keaslian tradisi Melayu yang dikongsi bersama dengan Melayu di
Malaysia.
Sebenarnya, rasa dan cara penyediaan tepung bungkus di
Thailand dan Malaysia adalah sama.
Sedikit perbezaan adalah cara membungkusnya. Di Thailand,
cara membungkusnya adalah mengikut seperti membungkus tapai pulut daun pisang.
Sedangkan di Malaysia, tepung bungkus dibungkus seperti lepat
pisang.
Begitu pun, di kalangan orang Melaysia yang sering
berkunjung di Selatan Thai atau mempunyai pertalian keluarga di sana,
mengatakan tepung bungkus di sana lebih sedap.
Mungkin kerana kepekatan santan yang digunakan lebih pekat
dan asli. Strukturnya lebih kenyal atau pejal.

.jpg)

.jpg)

No comments:
Post a Comment