Friday, 11 September 2026

APABILA POKOK KELADI BERBUNGA

 
Apabila pokok keladi berbunga. Itu menandakan pokok tersebut sudah matang atau mendapat penjagaan dan pencahayaan yang cukup. Sistem ubinya sudah stabil.

Apa perlu dibuat jika pokok keladi berbunga? Elok jika bunga itu dipotong, Ini kerana bunga tersebut menyerap banyak tenaga pokok, yang sepatutnya digunakan untuk menyuburkan daun dan membesarkan ubi.

Bunga keladi menyerupai bentuk putik jagung kecil, namun sesetengah jenis mempunyai bau yang agak kurang menyenangkan.

Bunga keladi berwarna kuning keemasan dengan panjang antara 40-50cm. Keluar dari sulur seperti bunga tetapi berakhir seperti tandan kelapa.

Di dalam bunga yang keemasan itu boleh diperhatikan bintil-bintil biji. Kebiasaannya sepohon pokok keladi mengeluarkan dua atau lebih bunga.

Pendebungaan keladi adalah sesuatu yang jarang berlaku. Banyak keladi sebenarnya tidak berbunga langsung.

Buah dan biji benih keladi adalah sesuatu yang lebih jarang berlaku pada pokok keladi. Kebanyakan bunga sebelum sempat menjadi biji benih.

No comments:

Post a Comment