Saturday, 14 December 2024

PAHALA MEMBANTU MEREKA DALAM KESUSAHAN

 
Sifat membantu mereka dalam kesusahan amat besar pahalanya. Bantuan itu dalam pelbagai bentuk sama ada tenaga, fikiran, masa, kewangan kepakaran dan sebagainya. Apa yang penting sumbangan itu dapat membantu orang dalam kesusahan.
 
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Siapa yang membebaskan seseorang dari kesusahan dunia maka Allah akan melepaskannya dari kesusahan hari kiamat. Siapa yang memudahkan orang yang dalam kesusahan maka Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutup aib saudaranya yang Islam maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan membantu hamba selagimana hamba membantu saudaranya.” (Hadis riwayat Muslim)
 
Dalam hadis ini Nabi mengingatkan supaya orang beriman sentiasa memudahkan urusan orang lain, tidak menyebarkan aib dan saling membantu saudaranya yang Islam. Siapa yang memudahkan urusan orang lain maka Allah SWT akan memudahkan urusannya.
 
Manakala dalam riwayat yang lain disebutkan bahawa orang yang menyusahkan urusan orang lain maka Allah SWT akan menyusahkan. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Siapa yang memudaratkan (orang lain) Allah akan memudaratkannya dan siapa yang menyusahkan (urusan orang lain) Allah akan menyusahkan urusannya.” (Hadis riwayat al-Tirmizi).
 
Membantu mangsa banjir antara kebaikan yang boleh dilakukan. Banyak orang membantu memberi sumbangan berupa barang keperluan harian seperti makanan dan penjagaan diri, mengagihkan bantuan kewangan, membantu membersihkan kawasan dan sebagainya.
 
Aktiviti membantu mangsa banjir yang dilakukan sukarelawan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Negeri Kelantan amat singnifikan dapat meringankan kesusahan dihadapi mangsa banjir. Sukarelawan melakukan aktiviti dalam pelbagai bantuk dan kepakaran sesuai dengan keperluan mangsa-mangsa banjir.





No comments:

Post a Comment