Rekaan Masjid Damansara Perdana cantik dan
unik agak berbeza dengan kebanyakan masjid lain di Malaysia. Sebab itu,
banyak orang yang pertama kali melihatnya tidak menyangka itu adalah masjid.
Masjid ini mengambil inspirasi rumah tradisional Melayu dengan konsep rumah bumbung tiga segi. Pereka bentuknya adalah Jarnee Khoo dari Design Workshop.
Masjid itu yang dibina di kawasan seluas dua ekar melibatkan kos RM15 juta serta mampu menampung sehingga 3,200 jemaah itu dibiayai sepenuhnya MK Land Holdings Berhad telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pada 5 April 2024.
Terletak di Jalan PJU 8/8, Damansara Perdana 47820 Petaling Jaya Selangor, masjid ini ada perpustakaan, pusat tuisyen dan dapur. Ia juga menjadi tempat perlindungan buat kanak-kanak yang ibu bapa sibuk.
Keberadaan kemudahan itu menjadikan masjid bukan sahaja berperanan sebagai rumah ibadat bagi umat Islam, tetapi institusi pembangunan ummah dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, sosial, kebudayaan dan ekonomi.

No comments:
Post a Comment