Sistem pilihan raya di Malaysia dalam
memilih pemimpin di peringkat Pusat dan Negeri mengguna pakai sistem pilihan
raya berasas acuan British dan ia diakui semua parti bertanding sejak pilihan
raya umum pertama lagi.
Berasaskan acuan tersebut sistem pilihan
raya Malaysia adalah 'first past the post' iaitu cuma seorang wakil rakyat
mewakili kawasan ditandingi dan bukan 'single transferable vote' seperti mana
diguna negara-negara republik.
Single transferable vote menggunakan undi
popular dalam menentukan siapa layak diangkat menjadi pemimpin tertinggi negara
iaitu perdana menteri (di negara luar yang menggunakan sistem ini menamakan
ketua negara mereka sebagai presiden yang mengamalkan dasar negara republik).
Melalui sistem ini seseorang yang ingin
dipilih menjadi presiden, perlu mencalon untuk jawatan itu yang mana pengundian
dibuat oleh pemilih yang layak dari seluruh pelusuk negara berkenaan.
Sedangkan di negara kita, perdana menteri
dipilih oleh ahli parlimen dari parti atau gabungan parti yang memenangi
sekurang-kurangnya satu perdua daripada jumlah ahli parlimen. Perdana menteri
yang dipilih itu memenangi kerusi parlimen yang dipilih oleh pengundi di
kawasan parlimen yang dia bertanding sahaja.
Jadi, fahaman yang mendakwa bahawa perdana
menteri dipilih di kalangan ahli parti yang mendapat jumlah undi terbanyak
adalah tidak terpakai di negara kita. Perkara ini perlu terima oleh semua
rakyat atau pengundi berdasarkan kepada undang-undang sedia ada.
Jika ada yang mahu menerima pakai single
transferable vote yang digunakan oleh negara republik, sepatutnya mereka
berhijrah ke negara-negara berkenaan untuk mempraktikkan kepercayaan politik
mereka.
Malaysia bukan negara untuk menterjemahkan
kepercayaan politik sesetengah golongan. Jika benar setia kepada negara kena
terima sistem politik yang membentuk kerajaan sedia ada kerana sudah termaktub
dalam Perlembagaan Persekutuan.
Penentuan parti mana yang menubuhkan
kerajaan di Malaysia bukan berdasarkan undi popular tetapi parti atau gabungan
parti yang menang jumlah kerusi terbanyak.
No comments:
Post a Comment