Pemimpin PAS bertindak berdasarkan dalil. Apa
sahaja perkara yang dilakukan berdasarkan kepada dalil dan hujah.
Ini salah satu contoh dalil.
Wujud perbezaan antara kerjasama Pas
bersama Perikatan Nasional (PN) yang didominasi oleh kepimpinan Melayu Islam
dengan kerjasama politik yang terjalin yang membentuk Kerajaan Perpaduan.
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang
berkata, kerjasama PAS-PN mengambil teladan Rasulullah SAW yang menyatukan kaum
bangsa Arab yang Islam dan bukan Islam yang tidak ekstrem, bagi melaksanakan
konsep adil kepada semua yang berprinsipkan aqidah beriman dan berakhlak.
Pun begitu kata Hadi, kerjasama Pakatan
Harapan (PH) bersifat liberal dan pragmatik bersama Umno yang hanyut
meninggalkan dasar perjuangannya sehingga berwala’ kepada DAP yang menjadi
parti terbesar.
Menurutnya DAP, sebuah parti yang
ekstrem bersama ideologinya iaitu sekularisme dan ‘Malaysian Malaysia’ yang terpisah
daripada agama dan boleh menghapuskan kepimpinan Melayu Islam.
Itu dalil Hadi seperti disiarkan dalam
Harakahdaily bertarikh 13 Jul 2023 untuk menghalalkan kerjasama Pas dengan
Gerakan.
Dalil itu memang tidak pelik kerana memang
pemimpin PAS sentiasa mencari dalil untuk mengatakan apa yang dilakukan parti
itu adalah dibolehkan dan tindakan parti lain adalah salah.
Dahulu UMNO dituduh kafir kerana
bekerjasama dengan pasti dikuasai Cina iaitu MCA dan Gerakan. Sekarang ini
Gerakan sudah dianggap suci setelah bersama dengan PAS dalam gabungan Perikatan
Nasional.
Apa sahaja yang dilakukan oleh Gerakan pada
masa dahulu dan sekarang sudah disucikan seperti bayi baharu dilahirkan. Seperti
mendapat taubat nasuha. Sejarah dahulu dilupakan. Beruntung mana-mana
organisasi atau individu menyertai PAS akan dianggap paling suci dan bersih.
Justeru, sekarang ini tidak timbul lagi
kisah Gerakan yang pernah mencabar kesahihan hudud Kelantan di mahkamah. Gerakan cabar hudud
No comments:
Post a Comment