Penolakan atau ditolak dalam urusan
pemasaran berbilang tingkat (multi level marketing - MLM) perkara paling
ditakuti ahli terlibat dalam MLM. Malah, faktor itu menjadi dinding seseorang
menyertai MLM. Mereka menolak menyertai MLM kerana takut nanti ditolok.
Penolakan perlu diatasi dengan penarikan.
Mengapa ditolak, maka perlu diusahakan sesuatu yang menarik. Mereka menolak
kerana tidak tahu sebenarnya apa yang menarik mengenai MLM. Maka untuk
mengatasi penolakan haruslah dibuka jaringan rasa takut dan bimbang mengenai
MLM.
Ahli dalam MLM perlu yakin kepada kebaikan
dan kelebihan MLM atau syarikat yang disertai. Fahami dan yakin kepada potensi
yang bakal dinikmati dengan menyertai MLM.
Perniagaan MLM amat menarik dan hebat
berbanding perniagaan konvensioal. MLM adalah jaringan atau rangkaian ahli
bersama-sama membina satu kelompok yang dipimpin oleh upline. Semua ahli
menjadi upline dan pada masa menjadi downline.
Beberapa kelebihan MLM:
Membangun jaringan perniagaan bersama-sama.
Anda dan kumpulan dapat sama-sama belajar dan membangun bersama serta menikmati
penghasilan dari perniagaan MLM. Adanya pengarahan dan bimbingan
dari kejayaan upline. Kejayaan juga diraih dari kedudukan syarikat yang teguh
dan ternama.
Potensi penghasilan besar. Jika
seseorang tekun dan mengurus jaringan dengan serius, maka peluang mendapat
penghasilan besar amat cerah. Bermula dari bawah dan meningkat pada tingkat
tertinggi.
Perniagaan bermula kecil. Untuk
bermula dalam MLM memerlukan modal permulaan kecil. Terdapat syarikat yang
menetapkan bayaran sekadar RM50 untuk menjadi ahli. Anda sudah boleh bermula
dan menyimpan impian kejayaan.
Resiko kecil. Kalau modal kecil, masa
resiko rugi juga kecil. Contohnya, jika menyertai dengan modal RM50 dan
kemudian mengambil keputusan tidak meneruskan, maka ruginya hanya RM50.
Sedangkan peluang untuk berjaya amat besar jika betul-betul berusaha.
Perbelajaan murah. Untuk meneruskan
perniagaan, tidak perlu modal besar. Segala sistem telah disediakan oleh
syarikat. Tidak perlu fikir atau urus satu sistem bagaimana hendak berjaya. Apa
yang penting ialah ikut sahaja yang yang telah ditetapkan oleh syarikat.
Tidak perlu menyimpan stok. Ahli tidak
perlu membeli atau menyimpan stok yang banyak. Cukup sekadar untuk memenuhi
permintaan semasa bakal pelanggan atau pelanggan sedia ada. Malah, dalam banyak
keadaan tidak perlu menyimpan stok langsung. Hanya pergi ke stokis atau
tempahan melalui online apabila ada pelanggan telah ada dan setengahnya ada
yang telah membayar barang yang ingin dibeli itu.
Kelebihan ini sepatutnya menjadi daya
penarik untuk menyertai MLM. Peluang mencipta kejayaan terbuka luas kepada
mereka yang tidak banyak memberi alasan, tetapi lebih banyak merebut peluang
yang terhidang.
No comments:
Post a Comment