Moreh adalah jamuan di masjid atau surau
dalam bulan puasa, biasanya selepas bertarawih dan bertadarus. (Kamus
Dewan Edisi Keempat).
Menu moreh biasanya ringkas sekadar satu
dua jenis kuih sahaja bersama-sama kopi atau teh kosong. Dihidangkan di atas
kain seperah.
Jemaah menjamah makanan sekadar untuk bersama-sama
jemaah lain. Mungkin untuk mengganti tenaga yang digunakan semasa bertarawih.
Golongan paling gembira ada jamuan moreh
sudah tentu kanak-kanak. Mereka sanggup tunggu sehingga selesai tarawih untuk dapat
makan moreh. Ada yang tertidur kerana tunggu moreh.
Sekarang menu moreh sudah bertukar. Ada
masjid yang menyedia menu istimewa. Moreh disediakan di ruang khas atau di bawah
khemah yang didirikan di luar bangunan masjid. Malah ada masjid yang
menyediakan hidangan secara bufet. Jemaah boleh makan bila-bila masa biarpun
tarawih belum selesai.
No comments:
Post a Comment