Saturday, 11 February 2023

PERGERAKAN MENGEJUT PERMUKAAN BUMI

 
Gempa bumi adalah pergerakan mengejut permukaaan bumi disebabkan oleh pergerakan batuan di sepanjang garis sesar atau di atas persempadanan plat tektonik. Walau bagaimanapun, gempa bumi juga boleh disebabkan oleh aktiviti gunung berapi. Semakin besar saiz gempa bumi, semakin besar kemusnahan yang dibawa.
 
Lingkaran Api Pasifik adalah zon gempa bumi dunia. Kira-kira 90 peratus kejadian gempa bumi dunia berlaku di zon Lingkaran Api Pasifik.
 
Gempa bumi sering dikaitkan dengan cetusan tsunami jika ia berlaku di kawasan tengah laut. Lebih 89 peratus kejadian tsunama berpunca daripada gempa bumi. Tsunami yang melanda utara Semenanjung Malaysia pada 26 Disembar 2004 adalah berpunca daripada gempa bumi yang berlaku di perairan Indonesia.
 
Gempa bumi tidak membunuh, tetapi runtuhan struktur bangunan dan kerosakan alam yang menyebabkan menusia terbunuh. Ancaman terbesar gempa bumi adalah kesan gegaran terhadap ketahanan alam semula jadi an binaan buatan manusia. Runtuhan dan kerosakan struktur ini boleh menyebabkan kecederaan dan kematian.
 
Gempa bumi termasuk dalam kategori azab seksa yang Allah SWT tetapkan terhadap manusia. Ia ditakrifkan sebagai bala bencana “dari bawah kaki kamu”.
 
Firman Allah SWT bermakasud: “Katakanlah: "Dia lah yang berkuasa menghantar kepada kamu azab seksa (bala bencana), dari sebelah atas kamu, atau dari bawah kaki kamu , atau Ia menjadikan kamu bertentangan dan berpecah-belah - berpuak-puak, dan Ia merasakan sebahagian daripada kamu akan perbuatan ganas dan kejam sebahagian yang lain". Perhatikanlah bagaimana Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan (yang menunjukkan kebesaran Kami) dengan berbagai cara, supaya mereka memahaminya.” (Surah al-Anam, ayat 65)
 
Bertabahlah dan terima ketentuan ini dengan hati yang reda. Bertaubat dan jalani kehidupan masa hadapan dengan mencari reda-Nya.

No comments:

Post a Comment