Menyedari sikap rakyat Malaysia hanya suka membaca tajuk berita tanpa membaca keseluruhan isi berita, maka ada pihak yang menulis kembali berita yang sudah bertahun-tahun berlaku.
Berita
tersebut sebenarnya telah disiarkan dalam media utama negara pada 5 Nov 2020
dan selanjutnya. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/11/750470/exco-adun-kelantan-naik-gaji-hingga-rm5000
Berita ‘baharu’ itu yang diterbitkan pada
16 Feb 2023 itu menyatakan perkara benar dengan menyebut bila kenyataan itu
dibuat. Namun, kebanyakannya tidak membaca atau tidak perasan tentang maklumat
asal berita tersebut.
Pembaca di Malaysia memang hanya suka
membaca tajuk sahaja. Kemudian tangkap layar atau pautan cerita itu akan
dikongsikan kepada yang lain.
Baca berita yang “disegarkan” pada 16 Feb
2023:
Gaji wakil rakyat di negeri Kelantan bakal
naik lagi RM 5000. Anggota dewan undangan negeri (Adun) dan barisan exco
kerajaan negeri Kelantan bakal menikmati kenaikan gaji pokok antara RM3,000
hingga RM5,000 seorang.
Menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan,
Mohd Amar Abdullah, kenaikan itu diperlukan bagi mengurangkan jurang perbezaan
gaji antara wakil rakyat Kelantan dan negeri-negeri lain.
Malah katanya, gaji wakil rakyat di
Kelantan diibaratkan seperti pegawai kebajikan kerana ramai masyarakat di
kawasan memerlukan perhatian dan bantuan mereka.
“Jadi untuk merapatkan perbezaan ini,
sekurang-kurangnya beza tak ketara dengan negeri lain, sebab itu ada cadangan
supaya kita selaraskan (gaji wakil rakyat).
“Yang kedua, ini saya akan sebut dalam
pembentangan memandangkan keadaan semasa semakin berat, kenaikan (gaji) wakil
rakyat ini, dia (wang) pergi ke orang ramai juga.
“Sebab wakil rakyat kita di Kelantan peranannya macam pegawai kebajikan,” katanya, lapor Astro Awani hari ini.
No comments:
Post a Comment