Kacang edamame atau lebih dikenali kacang
bulu masih asing di negara kita. Namun, ia berpotensi menjadi 'kekayaan baharu'
kerana permintaan yang sangat tinggi ketika ini.
Ia mula diperkenalkan di Malaysia semanjak
tahun 1980an dan tahun 1990an lagi. Kacang bulu ini adalah tumbuhan dari
keluarga Fabaceae. Ia merupakan sejenis tanaman kekacang ditanam secara meluas
di negara Jepun dan China.
Di negara berkenaan, kacang bulu sangat
terkenal sebagai hidangan snek lazat yang terdapat di restoran-restoran mewah
negara matahari terbit itu, serta rangkaian kedai 24 jam (7-Eleven) kerana
keunikan rasanya yang rangup dan berlemak.
Kacang bulu sangat mudah ditanam, kerana ia
tidak mempunyai rutin penjagaan yang rumit, malah kurang serangga perosak yang
menyerang tanaman itu membuatkan proses menanamnya sangat mudah.
Pokok kacang bulu ini adalah sejenis pokok
renek yang rimbun dengan ketingggian antara 20-180 cm. Akarnya mempunyai akar
tunjang sepanjang 150 cm tetapi kebanyakkanya berada antara 30-60 cm dari aras
tanah mempunyai nodul kecil.
Tempoh pokok berbunga ialah 40 hari dan
matang dalam tempoh 70 hari.
Kacang bulu soya memiliki tekstur lebih
lembut. Memakan edamame dengan kerap dikatakan mampu memberikan kebaikan pada
kesihatan tubuh.
Kacang ini memiliki kandungan tinggi asid
lemak omega-3, serat pemakanan, protein dan karbohidrat dan juga beberapa
mineral dan vitamin seperti mangan, zink, fosforus, kalium, magnesium, besi,
kalsium, vitamin C, vitamin B1 (thiamine), vitamin B2 (riboflavin), vitamin B3
(niasin), vitamin 5 (asid pantothenic) dan vitamin K.
No comments:
Post a Comment