Tindakan
wakil rakyat sama ada ahli parlimen mahupun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
lompat parti tidak boleh dihalang kerana perbuatan tersebut tidak bercanggah
dengan Perlembagaan Persekutuan.
Mengambil contoh Pulau Pinang yang melaksanakan undang-undang Akta Anti Lompat Parti, pelaksanaan kerajaan negeri itu tersekat kerana perlu meminda Perlembagaan.
Mengikut Seksyen 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang memperuntukkan mana-mana ADUN yang berhenti menjadi ahli parti diwakili semasa pilihan raya perlu mengosongkan kerusinya.
Bagaimanapun, Kerajaan Pulau Pinang tidak menguatkuasakan undang-undang itu walaupun empat ADUN negeri tersebut menarik sokongan kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika itu.
Empat ADUN itu ialah dua ADUN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dari Bertam, Khaliq Mehtab Mohd. Ishaq dan Teluk Bahang, Zolkifli Md. Lazim yang menarik semula sokongan terhadap kerajaan PH dan kemudian bersama dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Selain itu, dua lagi ialah ADUN Seberang Jaya, Dr. Afif Bahardin dan ADUN Sungai Acheh, Zulkifli Ibrahim pula tidak lagi menjadi wakil rakyat PH apabila dipecat daripada PKR.
No comments:
Post a Comment