Polis
boleh mengenakan tindakan saman terhadap penjual jalanan dan pembeli di lampu
isyarat. Penjual dan pembeli yang dikenakan saman boleh dihadapkan ke mahkamah
dan didenda sehingga RM2,000 jika disabitkan kesalahan.
Tindakan boleh diambil terhadap pembeli dan peniaga di lampu isyarat mengikut Akta Lalulintas Jalan Raya dan tindakan boleh dikenakan di bawah 10A (1) LN 166/59 Peraturan Lalu Lintas Jalan Raya.
Peraturan tersebut bertujuan untuk menjaga keselamatan pemandu, penjual dan pengguna jalan raya lain.
Sebenarnya, tiada urusan jual beli dibenarkan di persimpangan jalan atau di atas mana-mana jalan raya kerana ia adalah satu kesalahan.
Aktiviti seperti ini perlu dibendung bagi mengelak kejadian kemalangan yang tidak diingini sehingga membahayakan nyawa penjaja dan pengguna jalan raya.
Kegiatan penjaja makanan dan minuman di persimpangan lampu isyarat dilihat semakin berleluasa. Mereka bergerak menghampiri pemandu yang berhenti ketika lampu isyarat berwarna merah.
Bilangan yang terlibat kadang-kadang melebihi 10 orang di persimpangan lampu isyarat. Mereka membawa barang jualan yang berlainan ketika berjalan di celah-celah kenderaan yang sedang berhenti.
No comments:
Post a Comment