Satu
kelaziman atau budaya di Kelantan ialah makan nasi bungkus atau makanan yang
dibungkus. Tidak kisahlah masakan di restoren, kopitiam, kedai canggung, kedai
makan. Tentu sekali kalau hendak bawa balik kena pilih yang bungkus.
Banyak
kedai makan, terutama pada waktu pagi menyediakan pelbagai jenis makanan
dibungkus walupun pelanggan makan di situ.
Makanan
bungkus dilonggokkan di meja makan pelanggan atau di satu sudut lain. Pelanggan
boleh pilih sendiri makanan yang diingini. Biasanya ada diletakkan tanda jenis
makanan itu, siap dengan nama pembekal atau dari mana.
Kelebihan
makan nasi atau makanan bungkus ialah ia telah tersedia. Tunggu ambil, buka dan
boleh terus dimakan di situ. Tidak perlu buat pesanan dan menunggu penjual menghantar
makanan itu.
Kalau
yang makan di kedai, pelanggan hanya akan pesan minuman. Mudah dan cepat.
Kalau
di kedai canggung atau gerai makan yang mana kedudukan tempat makan dengan
pembacuh air hanya beberapa meter jaraknya, memang air yang dipesan akan sampai
dalam masa tidak sampai 5 minit. Kena gaya, ada dapat minuman dipesan dalam
masa satu minit.
Makanan
bungkus memang banyak pilihan. Ada datang dari pelbagai tempat dan tukang
masak. Jadi, tinggal pilih sahaja.
No comments:
Post a Comment