Kumpulan WhatsApp memberi banyak kemudahan dalam komunikasi, termasuklah merapakan hubungan di antara keluarga, sahabat, rakan sekerja, alumnai dan sebagainya. Individu menggunakan kemudahan kumpulan Whatsapp perlu memahami perkara agar tidak timbul masalah dalam kumpulan. Penubuhan kumpulan Whatsapp banyak memberi manfaat.
Fahami
bahawa kita memiliki perbezaan iaitu ...
- Pendidikan
- Usia
- Status
- Hobi
- Sifat
- Latar belakang
- Kedewasaan
- Profesion
- Lingkungan
- Pemikiran
-
Politik
Dari
perbezaan tersebut, harap maklum jika ada ahli yang...
- Suka humor
- Serius dan santai
- Suka ceramah agama
- Suka menasihati
- Suka mengkritik
- Suka cerita politik
- Suka posting artikel
- Suka berita panas
Keaktifan hantaran para ahli...
- Sangat aktif
- Sederhana aktif
- Kadang-kadang aktif
- Tak aktif tapi suka
baca
- Memang malas buka
WhatsApp
- Jadi ahli tapi tak
aktif
Maka,
jangan mudah terpengaruh dengan isi hantaran sehingga kita jadi...
- Emosi
- Tersinggung
- Tak mahu kalah
- Percaya begitu saja
Jadi,
mungkin ada hantaran yang kurang berkenan di hati kita, misalnya...
- Humor
- Gambar
- Iklan
- Video
- Cerita
- Artikel terlalu panjang
Justeru, justeru tidak perlu bising kalau ada perkara tidak kita suka. Tidak perlu baca atau padam sahaja hantara itu. Tidak perlu pun sampai tinggalkan kumpulan. Jadikan perbezaan-perbezaan
itu untuk saling melengkapi di antara kita.
Namun,
kepada setiap ahli, jangan pula ‘keterlaluan’ membuat kiriman dengan menganggap
ahli lain tidak kisah. Kalau orang tidak suka dengannya bolehlah tinggalkan kumpulan atau pentadbir boleh keluarkan dia sebagai ahli kumpulan.
Kita
jaga kita.

No comments:
Post a Comment