Monday 6 January 2020

ASAL NAMA KAMPUNG KARANGAN

Terdapat beberapa tempat yang dikenal pasti menggunakan nama 'karangan'. Di Kelantan ada nama Kampung Karangan di jajahan Kuala Krai. Di Kedah pula sebuah kampung dalam Mukim Padang Meiha, daerah Kulim dinamakan Kampung Sungai Karangan. Manakala di Sabah, iaitu kawasan Beaufort terdapat Kampung Karangan.

Mengapa kampung-kampung itu dinama 'karangan'? Adakah 'karangan' itu dimaksudkan sesuatu hasil tulisan?

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, karangan bermaksud sesuatu yang dikarang; hasil mengarang; gubahan bunga; ikatan permata.

Tidak pasti sejarah dan mengapa nama 'karangan' dipilih menjadi nama kampung.

Mungkin ia berkaitan dengan gubahan bunga ataupun ikatan permata. Itu sesuatu yang menarik.

Nama kampung biasanya dinamai berkaitan apa yang menggambarkan sesuatu tempat pada ketika itu. Gubahan bunga dan ikatan permata adalah sesuatu yang menarik. Kalaupun bukan bunga atau permata, ia menggambarkan gubahan lain yang menarik.

No comments:

Post a Comment