
Shimla
merupakan bandar terbesar dan ibu negeri Himachal Pradesh. Ia terletak di
ketinggian 2,200 meter dari aras laut. Perjalanan menggunakan bas dari New Delhi
ke Shimla memakan masa hampir 8 jam perjalanan. Jarak Shimla ke New Delhi kira-kira 350 kilometer.
Tiada
lapangan terbang di sini memandangkan bentuk muka buminya yang bergunung-ganang.
Bandar terdekat yang mempunyai lapangan terbang ialah Chandigarh yang terletak kira-kira 100 kilomter.
Shimla adalah salah satu stesen bukit teratas di India.
Keindahan dan daya tarikan kolonial ini menjadikannya salah satu tempat
yang mesti dikunjungi di utara India.
Pemandangan
kawasan pergunungan berlatar belakang Banjaran Himalaya yang diliputi salji adalah
keindahan yang memukal pengunjung yang kali pertama datang ke tempat itu. Sejuk
mata memandang.
Melihat
tanaman yang ditanam di lereng-lereng gunung membuat hati tenang. Boleh nikmati cuaca di pergunungan
yang nyaman, sejuk walaupun kadang-kadang bila datang angin sejuk bertiup sampai
menggigil ke tulang.
Sesiapa
sukakan pengalaman menunggang yak melalui denai di tepi lurah yang di kiri kanan
lalaun ada salji boleh mendapatkan perkhidmatan yang disediakan.
No comments:
Post a Comment