Jeti
pendaratan ikan adalah tempat paling tepat untuk mendapatkan ikan segar. Salah satu
jeti pendaratan ikan ialah Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Besut yang
terletak betul-betul di seberang pekan Besut.
Kedudukan
strategik di muka muara dan berdekatan dengan pekan Besut menjadikan jeti ini
sangat meriah. Kedudukan berhampiran pekan memudahkan Jeti LKIM Besut mudah dikunjungi.
Kebanyakan
yang berurusan di Jeti LKIM Besut ialah pemborong dan perucit yang datang daripada segenap tempat terutamanya dari Kelantan dan Terengganu.
Tidak
kurang juga pembeli untuk kegunaan sendiri yang ingin mendapatkan hasil
tangkapan laut yang segar seperti ikan, sotong, udang, ketam yang setiap
satunya terdiri dari pelbagai jenis.
Selain
faktor hasil yang segar, faktor harga yang relatif murah berbanding tempat lain,
menjadikan jeti ini begitu sibuk dengan pengunjung sejak awal subuh lagi.
No comments:
Post a Comment