Tuesday, 3 July 2018

SEJARAH WISMA PERSEKUTUAN KOTA BHARU

Bangunan Wisma Persekutuan Kota Bharu atau sebelumnya dikenali bangunan Wisma Persekutuan Kelantan mula dibina pada tahun 1975. Pada masa pembinaannya, bangunan Wisma Persekutuan Kota Bharu adalah bangunan tertinggi di Kota Bharu, bahkan di Kelantan pada ketika itu dengan ketinggian 12 tingkat.

Namun, di kalangan rakyat Kelantan, Wisma Persekutuan Kelantan lebih dikenali dengan nama Bangunan 11 Tingkat. Mengapa bangunan yang mempunyai ketinggian 12 tingkat itu dipanggil Bangunan 11 tingkat?

Wisma Persekutuan Kota Bharu dikenali Bangunan 11 Tingkat kerana kerana lif hanya disediakan sehingga ke tingkat 11. Untuk naik tingkat 12 perlu menaiki tangga. Gelaran Bangunan 11 Tingkat masih digunakan di kalangan generasi tua di Kelantan sehingga sekarang. 

Menariknya, bangunan ini pernah dijadikan bualan politik kedai kopi kononnya tidak elok atau memberi keburukan membina bangunan tinggi di Kelantan. Ada kemungkinan bangunan itu akan runtuh atau terbalik. 

Bualan kedai kopi itu tercetus untuk menggambarkan bahawa usaha Kerajaan Pusat membina bangunan tinggi di Kelantan adalah tidak elok. Perkara ini timbul ketika ia hampir siap yang mana Kelantan baharu diperintah oleh Barisan Nasional (BN). 

Ketika Bangunan Persekutuan Kota Bharu mula dibina, Kelantan ditadbir oleh gabungan Pas dan UMNO yang mana Pas ketika itu menyertai BN.

Alamat untuk agensi atau jabatan yang ditempatkan di Wisma Persekutuan Kota Bharu ialah:
(Nama Jabatan)
(Tingkat)
Bangunan Wisma Persekutuan Kota Bharu,
Jalan Bayam
15200 Kota Bharu
Kelantan.

1 comment: