Thursday 12 May 2022

KEINDAHAN GUA CHIKU 2 GUA MUSANG

 
Keindahan Gua Chiku 2. Di kawasan Gua Musang terdapat banyak bukit batu kapur yang berusia ribuan tahun. Salah satu gua batu kapur di Gua Musang ialah di Chiku 2.

Keindahan Gua Chiku 2 yang terletak di tengah-tengah kawasan perkampungan Felda Chiku 2 Gua Musang, Kelantan menjadi tarikan kepada pengunjung tempatan dan luar daerah ini.

Terletak kira-kira satu kilometer dari Jalan Gua Musang-Kuala Krai, pengunjung akan mengambil masa selama satu hingga satu jam setengah untuk sampai ke puncak gua yang berketinggian 300 kaki.

Gua yang berada di kawasan tanah berkeluasan 15 ekar itu mempunyai tiga pintu gua dan ianya boleh didaki oleh semua lapisan peringkat umur termasuklah golongan kanak-kanak.

Menerokai keindahan gua yang dianggarkan berusia ribuan tahun itu terdapat tujuh tingkat atau aras yang menyimpan pelbagai keunikan dan khazanah alam semula jadi.

Memasuki pintu gua sahaja, pengunjung sudah terpukau dengan struktur bentuk batu yang cantik, unik dan mempesonakan.

Di tingkat 1 Gua Chiku 2 itu terdapat pelbagai binatang dan benda unik berbentuk batu.

Antaranya ialah batu yang menyerupai bentuk gajah, ikan, katak, ular, cicak, burung helang, buaya, orang tidur, mahkota, kasut, saji dan air terjun tujuh tingkat.

2 comments: